Assalamualaikum, salam sejahtera and hai!

Back from my first entry, macam saya bagitahu tu.. saya akan share dengan korang pengalaman interview saya waktu mula2 saya habis diploma. 
(Maaf kalau ada yang prefer English untuk entry saya, tapi memang takkan available. Huhu..)

Okay, saya terus ke point utama saya. Pengalaman Temuduga di Syarikat Swasta.

Sumber: http://theconversation.com/job-recruiters-discriminate-against-muslims-and-it-doesnt-end-at-the-interview-stage-113884

Saya tamatkan pengajian diploma saya pada Mac 2016. Waktu tu umur saya baru 21 tahun. Saya terlalu mentah untuk rasa pengalaman interview waktu tu. Saya apply jawatan sebagai kerani pentadbiran di indeed. Saya dapat tahu tentang interview ni melalui emel.

Memang betul2 tak sangka saya dapat tawaran kerja dua hari lepas saya tamat pengajian, seolah-olah rezeki durian runtuh. Untuk pengetahuan korang, saya dah apply banyak jawatan sebelum tamat belajar lagi. Kalau interview dengan syarikat swasta ni mudah sikit pada saya, sebab takde ujian kecergasan semua. Diaorang dah tetapkan tarikh, masa, tempat and datang untuk interview je.

Korang nak tahu ke persiapan sebelum interview saya yang pertama ni?
(Jawapannya, saya ringkaskan jelah eh sebab confirm ramai tak nak baca kan?)

Lepas dapat tahu tu, saya cuma prepare cara jawab untuk soalan:
1. Sila perkenalkan diri awak.
2. Apa tugas2 yang awak tahu untuk jawatan ni?
3. Bila awak boleh mula bekerja?

Yelah.. kan baru first time kan, tak tahulah apa employer tu nak tanya. Saya memang prepare sikit je. Tak beriya pun. Dan sebenarnya, apa yang saya prepare tu kebetulan memang dia tanya masa interview. Bayangkan durian runtuh kan?

Okaylah, part soalan tu tak mencabar. Paling mencabar bagi saya ialah waktu mula-mula sampai tu, saya tak nampak langsung signboard company tu ke apa. Rupanya, company tu dekat tingkat atas rumah kedai. Saya tak kesah pun, then masuk2 je terus diaorang bawak saya pergi bilik interview. Masuk2 je bilik tu, hr company tu explain tugas saya sebagai kerani pentadbiran. Diaorang tau, yang explain.. sebab waktu tu memang company tu nak pakai pekerja baru, fresh grad. Interview saya lama jugak, hampir sejam. Dalam masa sejam tu dia banyak explain pasal kerja and marketing je, tak tanya soalan2 sangat pun. 

Okay, kerani pentadbiran, apa korang expect? Mestilah kerja susun fail, taip surat, prepare benda2 berkaitan mesyuarat, angkat call, jawab call semua tu kan? Okaylah, scope kerja tu memang seperti yang dijangka. Tapi tiba2 ada yang pelik pasal kerja ni. Bila tang gaji lain pulak dia explain kat saya. Saya expect gaji saya every month akan konsistenlah (dalam RM1500 standard diploma), tapi rupanya saya kena game. Dia bagitau, rumah disediakan tapi kena bayar every month (bukan free), makan minum sendiri, elaun makan dan pengangkutan tak ditanggung, dan gaji pulak based on berapa banyak call saya boleh buat untuk tarik student masuk belajar under company tu.

Saya macam tak percaya tau, rupanya kerani pentadbiran untuk company tu sebenarnya kerja sebagai agent marketing. Bila dapat tarik student, baru dapat gaji. Cuba bayangkan kalau saya call 20 student, tapi 20 orang semua tak nak masuk university under company tu? Boleh mati kalau kerja macam tu kan? Takdelah gaji. 

Habis je session tu, dia terus tunjuk meja kerja saya, bagi borang suruh isi sebab dia nak saya mula kerja besok tu jugak. Bagi saya, itu kerja gila. Saya punya penat belajar pun belum habis lagi, tiba2 suruh saya masuk kerja secepat tu. Bayangkan? At least bagilah masa seminggu kan? Sebab saya ada explain saya baru je habis 2 hari. Tapi tak kesahlah kan yang tu, pengalaman. Jadi saya putuskan untuk reject kerja tu. 

Dan pengalaman saya yang pertama tu mengajar saya untuk tak mudah tertipu dengan nama company yang pelik2, yang bila google tak jumpa pun nama company tu (waktu tu lah, sekarang mungkin kalau google jumpa kot?).

Saya rasa, pengalaman pertama saya tu tak berapa menarik, tak mencabar dan tak best untuk dikongsi sebenarnya tapi saya nak jugak share (haha) sebab mungkin ada antara korang yang pernah terkena macam saya ke?

(Perlu ke saya reveal nama company tu?) 
Saya rasa tak perlu kot sebab company tu tak well establish pun, just saya bagi clue jelah eh. Company tu selalu call mewakili college unikop, unifield, college murni dan ada lagi beberapa kolej lain yang saya pun dah lupa.

Jadi, pada korang kat luar sana jangan mudah tertipu tau dengan jawatan2 kosong especially kat indeed. Jobstreet ke, LinkedIn ke boleh percaya lagilah. And paling penting kena selidik dulu company yang korang nak kerja tu supaya tak tertipu. Macam saya, memang saya akui, family saya kurang bagitau or beri pendedahan tentang penipuan dalam pekerjaan. Kebanyakan maklumat, saya carik sendiri je.

So sekianlah entry saya untuk kali ni. In my next entry, saya akan share pengalaman 
temu duga saya di sebuah persatuan di bawah organisasi badan berkanun. Yang ni temu duga pertama saya lepas habis degree.

Macam biasa, kalau ada apa-apa nak tanya, share dan kritik boleh je komen kat bawah ni tau.

Till then, see you in my next entry. Adios.
H.