Assalamualaikum, salam sejahtera, hai!

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog ni.


Sebenarnya blog ni merupakan blog saya yang kedua sebab saya nak share benda yang lebih penting, yang lebih formal dalam blog ni. Jadi saya rasa better saya jadi anonymous supaya tak mudah untuk kawan-kawan nak track saya atau kritik saya (haha) dan juga memudahkan ramai orang untuk bertanya pelbagai soalan pada saya.

Baik, without further due saya explain dulu tujuan utama saya buat blog ni. 

Saya sejujurnya tak pandai mengarang, ayat pun kadang tunggang terbalik. Tapi dengan kewujudan blog ni sedikit sebanyak buatkan saya rasa lega sikit. Saya nak share dengan korang pengalaman saya dalam interview di beberapa buah syarikat, baik sektor awam mahupun swasta. Tapi untuk first entry ni saya simpan dulu pengalaman saya tu.

Saya bukan nak berlagak hebat, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman yang ada supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, terperap terus jadi kenangan dan boleh dimanfaatkan oleh semua terutama kepada individu yang tengah struggle mencari kerja dan mencari tips untuk interview. Bukan apa, saya sendiri pun kalau dapat interview, automatik akan “google” contoh soalan interview, interview di tempat sekian sekian (nama tempat), interview jawatan sekian sekian (gred jawatan) dan sebagainya.

Sedikit menghampakan juga lah sebab bila saya google, terlampau sikit maklumat yang saya dapat. Sedangkan saya sendiri pulak tak ada masa nak bertanya dengan kawan2 rapat, kawan2 pejabat tentang pengalaman diaorang interview dan lain-lain.

Kalau ikutkan pengalaman saya yang hampir setahun memburu pekerjaan ni, boleh dikatakan lebih dari 10 interview saya dah attend (bukan nak bajet hebat). Ada tawaran kerja tu saya reject, ada tu diaorang yang reject saya dan macam-macam lagi. Tapi… saya nak share pengalaman saya tu dekat second entry.

Untuk second entry nanti, saya akan share dengan korang pengalaman interview saya dalam sektor swasta dulu, which is interview yang mula2 saya dapat lepas saya habis diploma, insya-Allah. Kalau korang nak tanya apa-apa boleh je komen kat bawah ni, okay? 

Till then, see you in my next entry. Adios.  
H.