Assalamualaikum, salam sejahtera and hai!

Rasa macam lama pulak saya ambil masa nak post entry kali ni sebab banyak kerja boss bagi since ramai staf banyak yang cuti sempena cuti sekolah kan? Hmm sabo je lah..

Okay without further due, saya akan share pengalaman interview saya yang kedua dan interview yang pertama lepas habis degree. Lepas saya interview dengan company swasta from previous entry (https://hawaahid.blogspot.com/2019/11/pengalaman-temu-duga-di-syarikat-swasta.html), saya terus dapat offer letter sambung degree huhu. Jadi saya sempat ambik pengalaman kerja kat dekat library sekolah as pembantu library and jadi pengawas exam kat sebuah universiti je. Yang pengalaman saya kerja tu tak nak ceritalah sebab tak ada interview pun ðŸ˜‚.

Okay, after habis intern degree 4 bulan, saya apply banyak gila jawatan kosong, sampai saya rasa give up nak mohon sebab masa tu saya tak dapat mini transkrip apa semua kan. Mungkin salah satu sebab jugak kenapa banyak company tak nak panggil freshy macam saya kan?

End-up, masih di apps yang sama, saya apply jawatan editor di indeed. Editor ni bukan editor yang edit-edit video or berkaitan grafik tau, saya apply jawatan editor bahagian buku, edit-edit kesalahan penulis apa semua tu. Bayangkan, saya apply dalam bulan disember, dalam masa dua hari company tu dah respon dan invite saya untuk interview. Mungkin waktu tu diorang memang tersangat terdesak nak guna orang agaknya. 

Okay takpe lah, saya pun pergilah interview jawatan tu dekat Kuala Lumpur dan saya just naik train and grab je untuk attend interview tu. Kalau korang nak tau, jawatan saya mohon tu dekat Persatuan Ortopedik Malaysia tau (kali ni saya reveal nama company sebab senang orang nak buat rujukan heee). Dan saya rasa saya bertuah sangat dapat rasa interview kat persatuan yang besar macam tu, sebab persatuan ortoperdik ni lebih kepada penerbitan ilmiah macam jurnal, buku-buku perubatan apa semua tu.

Then masa interview tu, saya di interview oleh ketua pengarang dekat persatuan ortopedik tu sendiri, beliau seorang professor lelaki, berbangsa Cina. Jangan salah anggap, saya tak ada pun nak bangkitkan issue racism. Interview tu diadakan di tempat yang sangat santai je, sangat tak expect yang you pakai smart2 tu sebenarnya membazir, haha. Waktu interview tu, saya rasa prof tu sangat baik, nice. Bila dia mula bercakap tersangatlah lembut dan sopan. Waktu mula-mula sesi interview, prof tu perkenalkan diri dia dan juga perkenalkan persatuan ortopedik ni apa. After that baru dia mula tanya saya. Antara soalan beliau:


  1. Perkenalkan diri awak, dari mana, pengalaman dan sebagainya.
  2. Apakah pengalaman yang awak ada sebelum ni sehingga awak rasa, awak layak memohon jawatan ini?
  3. Apa tugas awak berdasarkan pengalaman bekerja terdahulu?
  4. Berapa expected salary yang awak nak?
  5. Bila awak boleh mula kerja?
  6. Ada apa-apa soalan nak tanya sebelum kita tamat sesi interview ni?


You know what, soalan-soalan ni sebenarnya tersangat simple, dan saya rasa kita kena konfiden je bila jawab. Semua soalan tu saya jawab memang okay tapi apakan daya, jawatan tu dapat pada orang lain yang lebih kurang sama bidang juga dengan saya. Even prof tu ada bagitau pasal individu lain yang interview dengan dia, tapi tak cakap yang saya takde peluang untuk dapat jawatan tu. Since candidate interview tu just dua orang, maybe ada kesilapan saya kat mana-mana especially part soalan nak aju kat prof tu. 

Saya rasa antara punca saya gagal dalam interview tu is, saya tanya pasal kalau saya dapat jawatan kerja lain, saya kena bagi notis dalam tempoh berapa lama? Sebab saya cakap yang saya freshy, tak mustahil ada banyak panggilan kerja lepas ni.

Jadi pada yang bakal pergi interview lepas ni, saya mintak sangat korang teruskan google and know about the don’t yang tak perlu korang buat and tanya dekat company tu. Pengalaman interview dekat persatuan tu mengajar saya untuk lebih hati-hati lepas ni dan tak over confiden dalam interview. Waktu saya interview tu, saya rasa macam sayalah orang bakal dapat jawatan editor tu sebab saya intern dekat company yang cukup well-known juga dan berkaitan bahagian penerbitan buku ilmiah juga. 




So, that’s all untuk entry saya kali ni. In my next entry, saya akan share lagi pengalaman interview dekat company lain pulak.

Macam biasa, kalau ada apa-apa nak tanya, share dan kritik boleh je komen kat bawah ni tau.

Till then, see you in my next entry. Adios.
H.